Saturday, November 7, 2009


Awang Selamat of Utusan Malaysia, the UMNO controlled mainstream media tries to give us his own spin of One Malaysia (Gagasan Satu Malaysia) in his Bisik-Bisik Mingguan (Mingguan Malaysia -April 12) as follows:

Awang boleh faham gagasan Satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian Diutamakan semasa ia diumumkan oleh Najib sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri.

Gagasan tersebut merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara

Awang lega apabila mendengar sendiri daripada beliau (Najib) bahawa Satu Malaysia tidak sama dan tiada kaitan dengan Malaysian Malaysia.

Beliau menjelaskan Satu Malaysia akan memastikan tiada golongan atau satu kaum yang terpinggir di negara ini tetapi pada masa yang sama tidak menolak dasar affirmatif. Yang penting kata Najib, kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar.

Awang harap versi sebenar Satu Malaysia ini difahami dengan jelas. Dasar Afirmatif bagi membantu orang Melayu yang paling ramai miskin dan ketinggilan (berbanding dengan kaum lain), akan diteruskan. Sememangnya ada keperluan untuk meneruskan dasar afirmatif atas realiti sejarah dan kontrak sosial sambil kerajaan memperhebatkan pencapaian dalam meningkatan taraf hidup semua kaum. “

No comments:

Post a Comment